Jangan minta kepada Allah

“Janganlah kamu minta dari Allah perkara-perkara seperti dihindarkan dari kemiskinan, kesusahan dan didatangi kaya dan kesenangan. Tetapi hendaklah kamu minta rasa senang dengan apa yg telah diuntukkanNya dan minta dariNya perlindungan yg kekal dalam suasana dan keadaan yg Dia tempatkan kamu sehingga kamu dipindahkan kelain suasana dan keadaan pula dan keadaan yg berlawanan, kerana kamu tidak tahu dimana letaknya kebaikan itu, dalam kaya kah atau miskin kah, dalam kesusahan kah atau dalam kesenangan kah. Allah melindungi pengetahuan tentang sesuatu itu dari kamu. Dia sahaja yg tahu baik atau buruknya sesuatu perkara itu. Umur Ibnu Al-Khattab berkata: Tidak menjadi masalah kepadaku dalam apa keadaan aku lihat paginya hari, sama ada ia membawa apa yg aku tidak suka atau apa yg aku suka, kerana aku tidak tahu dimanakah letaknya kebaikan bagiku. Dia berkata demikian kerana dia redha dengan apa sahaja urusan Allah dan berpuas hati dengan ketentuan dan pilihan Allah baginya. Firman Allah: Berperang itu diwajibkan kepada kamu dan berperang itu tidak kamu sukai, mungkin kamu benci apa yg baik untukmu dan kamu suka apa yg tidak baik kepada kamu. Allah tahu mana yg baik dan mana yg tidak baik, dan kamu tidak tahu”

_FUTUHUL-GHAIB

Leave a Comment